Ahad, 23 Jun 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA : SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..



Kata orang tak kenal maka tak cinta, oleh itu, entry kali ini saya nak kenalkan anda semua kepada produk SHAKLEE dengan lebih dekat. Bila dah kenal hati budi, tahu latar belakang, barulah kita faham mengapa SHAKLEE menjadi kegemaran ramai sejak lebih 5 dekad.

Dr. Forrest C Shaklee (pengasas Shaklee) telah menemui ''vitalized mineral'' iaitu salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Setelah lebih 40 tahun membuat kajian terhadap multivitamin tersebut, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan SYARIKAT JUALAN LANGSUNG PERTAMA DI DUNIA.


Ketika ramai orang lain menggunakan produk plastik dan bahan sintetik, Shaklee kembali kepada khasiat alam semulajadi sebagai elemen utama dalam menghasilkan vitamin. Beliau juga mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Tanpa kita perasan pun, Shaklee tak pernah buat iklan komersial di televisyen mahupun radio, apatah lagi di majalah-majalah, surat khabar mahupun papan iklan. Ini kerana shaklee lebih mengutamakan pemberian ganjaran kepada para pengedarnya untuk berkongsi mengenai kebaikan shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan shaklee.

PERBEZAAN PRODUK SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN

1)SENTIASA SELAMAT
-Lebih 83 000 ujian QC setahun
-Menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
-Halal yang diiktiraf
100% kepuasan dijamin

2)SENTIASA BERKESAN
-USD 300juta dilaburkan dalam R&D
-100 diterbitkan kajian klinikal
-55 paten
-54 pingat emas olimpik yg dimenangi oleh atlet yg menggunakan produk shaklee
-landmark study

3)SENTIASA MESRA ALAM
-tiada perasa tiruan
-tiada pemanis tiruan
-tiada ujian haiwan
-tiada bahan kimia
-pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates & dakwat toksik
-pembungkusan menggunakan bahan dikitar semula

Ok, secara keseluruhannya, shaklee adalah pengeluar supplemen yang paling selamat.. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk menggunakan produk shaklee dari vitamin, penjagaan luaran dan dalaman sehingga ke bahan pencuci nya.. =)

Jadi, bertukarlah kepada produk yang lebih selamat demi kesejagatan hidup..

BERFIKIR untuk berubah kepada yang lebih baik? Anda membuat pilihan yang tepat !!
hubungi saya :

see ya next entry!
lalola!
salam...

Jumaat, 21 Jun 2013

bisnes? pada usia muda?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Beberapa hari saya tidak mencatatkan sesuatu. Mohon maaf kepada pembaca , kesibukan dan tanggungjawab menyebabkan saya tidak dapat mencoretkan sesuatu disini. Saya dalam misi pencarian ilmu yang tidak berkesudahan

Saya mengendalikan beberapa pendekatan keusahawanan beberapa ketika kebelakangan ini tertumpu kepada muda-mudi seperti saya juga. Mereka muda belia belaka, satu perkara yang saya suka adalah ‘energy dan vibes’ mereka. Sunggu bersemangat, idea mereka memang segar. Cuma, minat menjadi seorang usahawan belum sampai dan usaha saya pelru dilipatgandakan lagi!

Memang suatu kelebihan jika mula berniaga dari awal. Usahawan akan gagal dan bangkit semula. Proses ini berulang-ulang. Bermula awal bermakna usahawan mempunyai masa untuk bangkit semula ketika masih muda.

Proses yang saya panggil ‘cuba-gagal-cuba-jaya’ ini sebenarnya yang menjadikan bisnes berjaya. Setiap kali gagal ada elemen yang kita pelajari. Terdapat sekurang-kurangnya 5 perkara yang kita pelajari apabila kegagalan berlaku iaitu
1)ilmu meningkat,
2)pengalaman bertambah,
3)modal terkumpul,
4)jaringan kenalan bertambah luas dan
5)minat semakin mendalam.

Untuk usahawan muda, kebanyakkannya hanya mempunyai satu elemen sahaja iaitu MINAT. Empat elemen yang lain memang tiada atau sangat kurang. Kerana ini bisnes sering tidak menjadi seperti yang diharapkan dan mereka mula rasa putus asa dan gagal..

Setiap kegagalan yang kita alami menjadikan keadaan lebih baik, ilmu dan pengalaman semakin bertambah, kenalan semakin ramai, dan modal juga bertambah.

Saya boleh simpulkan, memulakan perniagaan ketika usia muda memang lebih banyak kelebihan. Bermula awal bererti kita menjadi lebih bertanggungjawab (secara lebih luar biasa) dan kematangan terbina. Minda terasah menjadi lebih tajam.

Apa yang memotivasikan saya,
‘Kami memilih untuk melalui proses yang lebih panjang, kerana hanya dengan itu kami menjadi lebih berjaya!”…




Rabu, 19 Jun 2013

JEREBU HATI

Bangun pagi duduk berseorangan,
mandi, bergusi terus sarapan,
kuselak jendela kuharap kesegaran,
namun ternyata jerebu di kiri kanan.

Di akhbar, di internet, di berita pun sama,
Terkejut benar hati dibuatnya,
Selatan Malaysia, singapura pun sama,
Jerebu tebal apa ubatnya?

Orang kata hujan mujarab, 
Namun angin pun boleh diharap, 
Hujan turun semua mengharap, 
Budak sekolah cuti yang diharap. 

Selatan Malaysia terutamanya JOHOR teruk dilanda jerebu. Hampir seminggu gejala berlarutan. Semasa jerebu tahap pengelihatan kita berkurang. mungkin hanya beberapa meter. Partikel habuk memantul cahaya, menyebabkan pemandangan menjadi terhad. Namun, kalau kita perasan, akibat perbuatan kita, boleh mengakibatkan jerebu yang lebih dahsyat.. Apa dia? ya... JEREBU HATI.

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan..." (Hadis riwayat Tirmidzi no. 3334)

JEREBU HATI, orang tak kisah sangat berbanding risaunya hati tak keruan menghadapi masalah jerebu. Kadang kita sendiri pun tak sedar bahawa hati sedang BERJEREBU..
BEZA JEREBU BIASA DENGAN JEREBU HATI
1. JEREBU, pengelihatan kita terbatas
JEREBU HATI, mata hati kita yang terbatas. Nampak samar-samar je. tak dapat nak bezakan baik dan buruk.

2. JEREBU, banyak pantang larangnya
JEREBU HATI begitu juga. Perlu banyak taubatnya dan juga istighfarnya.

3. JEREBU tak boleh selalu keluar rumah
JEREBU HATI pun sama, kurangkan aktiviti keduniaan kita, perbanyak tazkiyyatun nafs dan ingat akhirat

4. masa JEREBU kene rujuk doktor untuk nasihat
JEREBU HATI pulak kene rujuk doktor hati (AL-QURAN) utk bagi nasihat

5. ubat mujarab JEREBU ialah hujan lebat
Ubat mujarab JEREBU HATI pula ialah Taubat nasuha bersungguh2 
6. JEREBU diakibatkan partikel habuk yang berterbangan terlalu banyak hingga menyesakkan nafas
JEREBU HATI pula diakibatkan `zarah` dosa yang sudah terlalu tepu sehingga menyesakkan dada kita.

Sama2 lah kita doa agar diri kita dan umat Islam seluruhnya dibebaskan dari JEREBU dan juga JEREBU HATI..


Ini bukan iklan Kementerian Kesihatan, =)