Jumaat, 21 Jun 2013

bisnes? pada usia muda?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Beberapa hari saya tidak mencatatkan sesuatu. Mohon maaf kepada pembaca , kesibukan dan tanggungjawab menyebabkan saya tidak dapat mencoretkan sesuatu disini. Saya dalam misi pencarian ilmu yang tidak berkesudahan

Saya mengendalikan beberapa pendekatan keusahawanan beberapa ketika kebelakangan ini tertumpu kepada muda-mudi seperti saya juga. Mereka muda belia belaka, satu perkara yang saya suka adalah ‘energy dan vibes’ mereka. Sunggu bersemangat, idea mereka memang segar. Cuma, minat menjadi seorang usahawan belum sampai dan usaha saya pelru dilipatgandakan lagi!

Memang suatu kelebihan jika mula berniaga dari awal. Usahawan akan gagal dan bangkit semula. Proses ini berulang-ulang. Bermula awal bermakna usahawan mempunyai masa untuk bangkit semula ketika masih muda.

Proses yang saya panggil ‘cuba-gagal-cuba-jaya’ ini sebenarnya yang menjadikan bisnes berjaya. Setiap kali gagal ada elemen yang kita pelajari. Terdapat sekurang-kurangnya 5 perkara yang kita pelajari apabila kegagalan berlaku iaitu
1)ilmu meningkat,
2)pengalaman bertambah,
3)modal terkumpul,
4)jaringan kenalan bertambah luas dan
5)minat semakin mendalam.

Untuk usahawan muda, kebanyakkannya hanya mempunyai satu elemen sahaja iaitu MINAT. Empat elemen yang lain memang tiada atau sangat kurang. Kerana ini bisnes sering tidak menjadi seperti yang diharapkan dan mereka mula rasa putus asa dan gagal..

Setiap kegagalan yang kita alami menjadikan keadaan lebih baik, ilmu dan pengalaman semakin bertambah, kenalan semakin ramai, dan modal juga bertambah.

Saya boleh simpulkan, memulakan perniagaan ketika usia muda memang lebih banyak kelebihan. Bermula awal bererti kita menjadi lebih bertanggungjawab (secara lebih luar biasa) dan kematangan terbina. Minda terasah menjadi lebih tajam.

Apa yang memotivasikan saya,
‘Kami memilih untuk melalui proses yang lebih panjang, kerana hanya dengan itu kami menjadi lebih berjaya!”…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan