Rabu, 19 Jun 2013

JEREBU HATI

Bangun pagi duduk berseorangan,
mandi, bergusi terus sarapan,
kuselak jendela kuharap kesegaran,
namun ternyata jerebu di kiri kanan.

Di akhbar, di internet, di berita pun sama,
Terkejut benar hati dibuatnya,
Selatan Malaysia, singapura pun sama,
Jerebu tebal apa ubatnya?

Orang kata hujan mujarab, 
Namun angin pun boleh diharap, 
Hujan turun semua mengharap, 
Budak sekolah cuti yang diharap. 

Selatan Malaysia terutamanya JOHOR teruk dilanda jerebu. Hampir seminggu gejala berlarutan. Semasa jerebu tahap pengelihatan kita berkurang. mungkin hanya beberapa meter. Partikel habuk memantul cahaya, menyebabkan pemandangan menjadi terhad. Namun, kalau kita perasan, akibat perbuatan kita, boleh mengakibatkan jerebu yang lebih dahsyat.. Apa dia? ya... JEREBU HATI.

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan..." (Hadis riwayat Tirmidzi no. 3334)

JEREBU HATI, orang tak kisah sangat berbanding risaunya hati tak keruan menghadapi masalah jerebu. Kadang kita sendiri pun tak sedar bahawa hati sedang BERJEREBU..
BEZA JEREBU BIASA DENGAN JEREBU HATI
1. JEREBU, pengelihatan kita terbatas
JEREBU HATI, mata hati kita yang terbatas. Nampak samar-samar je. tak dapat nak bezakan baik dan buruk.

2. JEREBU, banyak pantang larangnya
JEREBU HATI begitu juga. Perlu banyak taubatnya dan juga istighfarnya.

3. JEREBU tak boleh selalu keluar rumah
JEREBU HATI pun sama, kurangkan aktiviti keduniaan kita, perbanyak tazkiyyatun nafs dan ingat akhirat

4. masa JEREBU kene rujuk doktor untuk nasihat
JEREBU HATI pulak kene rujuk doktor hati (AL-QURAN) utk bagi nasihat

5. ubat mujarab JEREBU ialah hujan lebat
Ubat mujarab JEREBU HATI pula ialah Taubat nasuha bersungguh2 
6. JEREBU diakibatkan partikel habuk yang berterbangan terlalu banyak hingga menyesakkan nafas
JEREBU HATI pula diakibatkan `zarah` dosa yang sudah terlalu tepu sehingga menyesakkan dada kita.

Sama2 lah kita doa agar diri kita dan umat Islam seluruhnya dibebaskan dari JEREBU dan juga JEREBU HATI..


Ini bukan iklan Kementerian Kesihatan, =)